Warning: array_merge() [function.array-merge]: Argument #2 is not an array in /home/agusza/public_html/nikki/wp-includes/widgets.php on line 53
« Hati-hati bila menemukan “dan disahihkan oleh…” Agus Zainal Arifin
Monday, March 31st, 2008

Hati-hati bila menemukan “dan disahihkan oleh…”

Sebuah tulisan dari Jiran Malaysia, tentang siapa dan bagaimana seseorang yang mengaku sebagai ahli hadits dan membuat heboh ummat Islam seluruh dunia ini. Akhir-akhir ini segolongan sekte sedang gencar menambahi penyebutan hadits dengan kalimat “dan disahihkan oleh Al-Albani“.Kalimat tersebut akhir-akhir ini menjadi sebuah syarat bagi sekte tertentu untuk menerima atau tidak suatu hadits, bahkan lebih dari itu, yakni untuk tidak mengakui hadits lain yang tidak berlabel seperti itu. Lebih gawat lagi para pengikutnya sangat fanatik dan aktif menuduh muslim lain sebagai ahli bid’ah karena menurutnya menggunakan hadits yang dianggapnya dloif atau bahkan palsu. Sementara dia bukanlah seorang ahli hadits seperti yang diklaim olehnya. Akibatnya banyak sekali amal shalih yang dikerjakan kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia yang akhirnya dituduh sebagai bid’ah atau mengada-ada oleh sekte ini. Padahal para ahli hadits (yang telah diakui kepakarannya oleh para ulama) sudah meriwayatkan dan menshahihkan amalan tersebut. Tentu saja ujung-ujungnya adalah perselisihan tajam diantara ummat Islam sendiri, dan ini sangat disayangkan. Mudah2an kita semua ummat Islam diselamatkan oleh Allah SWT dari hujjah2 orang yang justru memecah belah ummat Islam.
http://www.geocities.com/antusabun/albani.htm

Sheikh Nasiruddin Al-Albani


Assalamualaikum wrt wbt Al-hamdulillahhi rabbil ‘alamin, allazi waffaqa man sya a min ‘ibadihi littafaqquhi fiddini wa hadahum bi nuril bashirati ilastinbatil ahkamisy syar’iyyati min kitabihi wa sunnati nabiyyihi sayyidil mursalin. Wassolatu wasslamu ‘ala sayyidina muhammadinil mab’uth bil hanifiyyatis samhatis sahlah, allati laisa fiiha haraj, wa’ala alihi wa ashabihil lazina salakul manhajas sohiha min ghairi ‘iwajin wa ‘alat tabi’ina lahum ila yaumiddin…..amma ba’d….. Segala puji bagi Allah yg mengizinkan kami utk bertemu lagi dgn sahabat2 semua. Semoga pertemuan ini ada manfaat utk kita bersama. 
Kali ini, kami ingin berbincang mengenai peribadi seorang yg dikatakan muhaddith yg muncul pd akhir kurun ke-20…tak lain dan tak bukan iaitu Sheikh Mohd Nasiruddin Al-albani. Ada ulama yg mengiktirafnya, tak kurang juga ada yg menolak dan mempertikaikannya sbg seorang muhaddith. Skop perbincngan bukan utk mentajrih peribadi, tetapi sekadar mengkaji dan meneliti manhaj, pandangan dan uslub beliau dlm bidang ilmu hadith. Sebagaimana diketahui semua, sejak munculnya Imam2 muhaddithin yg mengumpul dan membukukan hadith2 Rasulullah SAW, umat Islam tlh berpegang dan bersandrkan kitab2 mrk. Umat Islam merujuk dan menggunakan hadith2 yg wujud dalam kitab mereka untuk diterima pakai dan dijadikan hujah dlm beramal. Antara kitab2 tersebut sprt Hadith Bukhori, Muslim,Tirmizi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah dll.Perkara ini berterusan dan beralih dari generasi terdahulu hingga ke hari ini. Tetapi, dgn munculnya Sheikh Al-albani, beliau tlh mematikan sama sekali sandaran ummat Islam terhadap kitab2 tadi. Beliau telah membahagikan hadith2 yang terkandung dlm Kitab2 sunan kpd Sohih dan Dhoif. Lalu menyeru semua umat Islam utk beramal dgn hadith2 yg sohih shj dan meninggalkan sama sekali hadith2 yg dhoif.Kerja ini seolah menggambarkan, ulama2 terdahulu berada dlm zaman kegelapan dan tidak mampu menjernihkan feqh mereka dari kekeruhan dalil2 yg boleh dipertikai. Lalu, kemunculan beliau selaku muhaddith pd akhir kurun ke 20 ini, menerangi kegelapan tersebut dan menyelamatkan ummah seluruhnya. Ulama yg telah bersusah payah mengumpul dan membukukan hadith2 tersebut dituduh dgn pelbagai tuduhan seumpama tasahul, tanaqudh dan lain2 lagi.MANHAJ ASHABUS SUNAN DALAM MENGUMPULKAN HADITHManhaj mrk adalah, mengumpulkan hadith2 Nabi SAW yang telah diamalkan oleh orang2 tedahulu yg boleh dijadikan hujah sama ada yg muttafiqin ataupun munfaridin. Umat Islam pd zaman sahabat RA dan sebahagian besar zaman Tabi’in, mrk menaqalkan hukum2 syara’ dan mewarisinya dari satu generasi ke satu generasi tanpa dibukukan dan dikumpulkan dalil2nya.Setelah masuk pertengahan kurun ke 3 hijrah, barulah muncul ashab as-sunan yg mengumpulkan hadith2 yg telah dijadikan hujah olh Imam2 mujtahid dari kalangan sahabat dan tabi’in dan org2 selepas mrk. Kitab2 mrk ini telah menerima pujian yg baik dan diterima olh imam2 feqh dan hadith sejak dahulu hingga ke hari ini. Hadith2 yg mereka kumpul dan bukukan, adalah hadith2 yg telah tersebar amalannya dan telah digunakan olh Imam2 mujtahid dari kalangan sahabat dan tabi’in dlm mencari hukum. Akan tetapi, olh krn pembukuan dan pengumpulan hadith2 tersebut mula dilakukan pd pertengahan kurun ke 3, terdapat hadith2 tersebut yg terputus sanadnya dan sesetengah perawinya pula majhul/mastur. Lalu Imam2 muhaddithin telah mengkaji2 dan meneliti hadith yg telah menjadi amalan tersebut dan mereka mencari jalan utk menguatkannya.Berkata al-hafiz al-faqih Ibnu Hajar al-’asqalani (ta’jilul manfa’ah m/s 2,3) :”Sesungguhnya manusia sangat berpegang dengan apa2 yg tlh dikeluarkan olh al-aimmah as-sittah berbanding yg lainnya dgn sebab kemuliaan pd diri dan kemasyhuran mrk, dan krn asal penulisan hadith2 olh mrk adalah untuk merangkumkan apa2 yg baik dan boleh dijadikan hujah dan bukti.” Ringkasnya, apa yg mereka kumpulkan itu adalah hadith2 yg telah diamalkan olh org2 terdahulu dan diterima utk dijadikan hujah bagi hukum2 feqh.

Olh krn itu, wujud dlm hadith2 mrk sohih dan dhoif. Kedua jenis hadith ini, adalah yg boleh diterima dan dijadikan hujah. Ianya telah diamalkan dan diwarisi olh Imam2 mujtahid dari kalangan sahabat dan tabi’in sebelum munculnya ashab as-sunan ini. Adapun hadith2 yg sohih, tidak ada pertikaian tentangnya. Yg, menjadi pertikaian adlh hadith2 dhoif. Hakikatnya, hadith2 dhoif yg dikumpulkan olh Imam Sunan ini adalah yg boleh dijadikan hujah dan diterima. Penghujahannya adalah dlm dua bentuk :

1-Sama ada secara munfarid
2-Atau adanya hadith2 dari jalan lain yg menguatkan antara satu sama lain yg diketahui olh para fuqaha. Sesuatu hadith walaupun dhoif sanadnya, tetapi apabila meluas amalannya pd zaman itu, ia menjadi dalil yg boleh beramal dengannya. Berapa banyak hadith yg maqbul, tetapi dipertikai pd sanadnya dan matannya.

Perkara ini menjadi kebiasaan kebanyakan para Imam2 mujtahid dari kalangan salafus soleh sendiri seperti Az-zuhri dan Imam Malik.

1-Berkata ad-daruqutni dalam kitab al-’ilal (6/63): “Antara kebiasaan Imam Malik, beliau mengirsalkan hadith dan menggugurkan rijalnya”

2- Kitab nasobur rayah (2/444) : “Ibnul mubarak meriwayatkan banyak hadith2 yg ia tawaqquf pdnya”

3-Berkata Imam Ibnu taimiyah (raf’ul malam ‘anil aimmatil a’lam ms 22/23) : “Janganlah seseorang berkata, sesungguhnya hadith2 tlh ditulis dan dikumpulkan, maka tiada yg tersembunyi lagi. Sebenarnya (kata2 sebegini)tidak benar, krn penulisan sunan2 yg masyhur ini berlaku selepas pupusnya Imam2 yg menjadi ikutan ummah” Kemudian beliau berkata lagi : “Bahkan org2 sebelum dikumpulkan hadith2 ini, mrk lebih mengetahui dan arif tentang hadith2 berbanding golongan mutaakhirin. Sebab, kebanyakan hadith2 yg mrk perolehi dan sohih disisi mrk, ianya tidak sampai kpd kita melainkan drpd perawi yg majhul, atau dgn sanad yg terputus, atau tidak sampai kpd kita secara keseluruhannya ” Secara dasarnya, pengumpulan hadith2 tersebut dilakukan bukan utk mencari dan membukukan hadith yg sohih shj. Ia juga utk mengumpulkan hadith2 yg boleh menjadi hujah utk beramal sekalipun hadith itu dhoif. Inilah manhaj para Ashabus sunan.

MANHAJ SHEIKH AL-ALBANI

Penulisan beliau dlm bidang hadith adalah utk mengasingkan anatara hadith2 sohih dgn hadith2 yg dhoif. Akan tetapi, beliau menegah drpd beramal dgn Hadith dhoif secara mutlak. Bahkan, wajib dibezakan antara sohih dan dhoif -pd pandangannya- utk menyatakan kpd org ramai apa yg dinamaknnya sbg feqhul musoffa. (muqaddimah kitab sohih al-adabil mufrad m/s 32) Olh kerana itu, beliau tlh membahagikan hadith2 dlm sunan arba’ah kpd dua:

1-Sohih dan hasan. Dibolehkan beramal dengannya.

2-Dhoif. Tidak boleh beramal dgnnya langsung. Bahkan beliau menyamakan hadith2 dhoif ini dgn hadith al-wahiyah (sangat lemah) dan maudhu’ah (palsu) dlm tingkat yg sama. Kerja beliau ini amat bertentangan dgn manhaj para fuqaha dan muhaddithin sebagaimana yg tlh dihuraikan tadi. Apa yg beliau lakukan sebenarnya adalah mencipta kecacatan yg besar dan jelas pd dalil2 feqh sama ada yg ijmaliyyah ataupun far’iyyah. Seterusnya, beliau tlh meruntuhkan thiqqah ummah kpd imam2 hadith dan feqh, juga menghancurkan khazanah feqh dan hadith yg tlh diwarisi dan dibanggai olh ummah sejak dahulu. Sesungguhnya beliau tlh cuba utk mukholafah dgn manhaj sebahagian muhaddithin dlm mentashihkan dan mentadh’ifkan dan menghukum seseorang perawi. Bahkan ia menuduh mrk dengan tanaqudh pd satu masa, dan tasahhul pd masa yg lain. Dlm masa yg sama, datanglah org2 yg menyangka, bahawa sheikh al-albani ini bilamana ia mukholafah dgn manhaj para fuqaha dan muhaddithin, seolah2 ia telah melakukan suatu perkara yg sukar utk dilakukan dan diketahui olh org2 terdahulu dan hari ini. Org2 yg menyangka dan jahil tadipun terus bertaqlid kpdnya dan meninggalkan terus Imam2 al-huffaz dan mujtahid dan menolak utk beramal dgn apa yg telah diwarisi dari imam2 tadi sejak zaman berzaman. Sheikh al-albani tlh diangkat ke darjat yg cukup tinggi olh mrk2 ini. Sehingga mengenepikan langsung Imam2 muhaddithin dan fuqaha yg mu’tabar. Tulisan2 beliau mengenai hadith telah dijadikan rujukan utama, sehingga tak perlu lagi merujuk kpd kitab2 bukhori, muslim, abu daud, tirmizi, nasai, ibnu majah dan imam2 muhaddith yg lain. Betapa hebatnya beliau sehingga mampu mengenepikan ulama2 terdahulu. Peliknya, sebahagian mereka yg mengaku mengikut manhaj salafi secara total ini meletakkan sheikh al-albani sebagai ikutan utama dan meletakkannya pd kedudukan yg cukup tinggi dan mulia , sedangkan beliau hidup pd kurun yg terputus jauh dari kurun terbaik yg disabdakan Nabi SAW. Sepatutnya, ulama muhaddithin yg hidup dizaman salafussoleh itulah yg menjadi ikutan bagi mrk yg nak mengikut manhaj salafi hari ini. Adakah org hari ini lebih salafi dari gol salafus soleh ??

BEBERAPA KESILAPAN DAN KEKELIRUAN SHEIKH AL-ALBANI DLM BIDANG HADITH

PERTAMA :
Beliau tanaqudh (bercanggah) pada perkara Usul dan Furu’. Hal ini dapat kita lihat dlm 3 perkara usul yg -sheikh al-albani taraja’(patah semula). Antaranya :

1-Beliau secara jelas mengatakan berkali-kali dlm tulisannnya, bahawa tauthiq Ibnu Hibban adalah mardud (tertolak) langsung, dan menuduhnya mutasahil dan tak boleh merujuk pd tauthiqnya. Kemudian, beliau taraja’ drpd kata2nya itu dan akhirnya menyatakan tauthiq ibnu hibban boleh diterima dengan tiga keadaan.

2-Beliau dgn jelas mengatakan dalam kitab2nya, bhw rawi yg majhul hadithnya adalah tertolak (mardud). Akhirnya, beliau berpendapat bhw majhulul hal (mastur) apabila diriwayatkan hadithnya oleh ramai, maka hadithnya hasan. Lebih2 lagi sekiranya dari kalangan tabi’in. Apabila terkadung dlm tauthiq Ibnu Hibban maka ia lebih baik. Dan jika tidak , maka ia hanyalah hasan.

3-Beliau telah mengkritik dlm banyak perkara terhadap imam2 muhaddithin seperti At-tirmizi, Ibnu Khuzaimah, ibnu Hibban dllnya krn mrk mentashihkan dan mentahsinkan hadith2 yang majhul. Beliau menuduh mrk dgn tasahul dan sbgnya. Sedangkan antara beliau dan Imam2 tadi ada perbezaan yg amat besar dlm manhaj menerima pentashihan hadith2. Kemudian, beliau tlh taraja’ dan menyatakan, bhw sesuatu pentashihan itu sekaligus membawa kpd tauthiq. Maka,perawi2 yg tidak dinaskan olh Imam2 akan pentauthiqannya, tetapi disahihkan hadit2nya olh mrk, perawi2 tersebut dianggap thiqqah. Sebenarnya,Hadith2 ahkam yg dikumpulkan olh Imam2 Sunan, ia mempunyai kedudukan khusus pd Imam2 Feqh dan hadith. Mereka mengikut pelbagai thuruq (jalan) utk menguatkannya. Sebahagian thuruq itu pula tidak masyhur dikalangan mutaakhirin. Imam Syafie dan at-tirmizi pernah menjelaskan perkara ini. Dan imam syafie lebih a’maq dan asymal dlm hal ini dlm kitabnya ar-risalah. Kedua imam ini telah bersepakat mengatakan, athar2 yg mauqufah menguatkan yg marfu’ah. Tapi bagi sheikh al-albani, beliau tidak mengikuti manhaj sebegini, yg menyebabkan akhirnya beliau terjebak utk menolak segala hadith2 yg dianggapnya dhoif. Dlm perkara furu’ pula, kita dapat lihat bagaimana beliau taraja’ dlm banyak perkara. cthnya : Beliau tlh mendhoifkan hadith Ibnu lahi’ah secara total melainkan riwayat al-’ubadalah drpdnya. Kemudian ia taraja’ dan akhirnya secara jelas mengatakan, hadith qutaibah b. sa’id dari ibnu lahi’ah thabitun maqbulun. (Sahih al-albani 6/55,825) Banyak lagi contoh2 kesilapan beliau dlm hal ini

KEDUA :
Beliau berselisih dalam ilmu hadith, dan bercanggah dgn qaedah istilah2 hadith, serta ilmu al-jarhu wat ta’dil, begitu juga dalam memahami thuruq2 dan wujuh al-hadith dan banyak lagi. Banyak istilah2 hadith yg masih tidak difahami olh beliau yg sebenarnya memberi keaiban dlm bidang hadith. Terutamanya istilah2 yg digunakan olh Imam at-tirmizi terhadap darjat sesuatu hadith. Begitu juga kesilapan beliau dlm menyamakan hadith2 dhoif dlm satu darjatn dan juga menyamaknnya dgn hadith2 naudhu. Manhaj yg beliau bawa ini tidak pernah diguna olh mana2 ulama muhaddithin.

BAHAYA BERPEGANG DENGAN PEMIKIRAN SHEIKH AL-ALBANI DLM BIDANG HADITH

1-Memutuskan hubungan antara generasi terdahulu dgn generasi akan datang dlm Usulus Sunnah. Dimana, umat akan datang akan memada dgn berpegang pd hadith2 sohih yg ditakhrij shj, dan menolak hadith2 lain yg wujud dlm kitab2 sunan dan sohih. Tidak perlu lagi merujuk kpd Sohih bukhori, sohih Muslim, Sunan at-tirmizi, abi daud, nasai,ibnu majah dan lainnya. Sedangkan inilah sumber asal dlm pentakhrijan hadith2 tadi. Realiti ini dahpun berlaku, di mana bermulanya projek pengkategorian hadith2 kpd ‘Sohihus Sunan’ dan menjadikannya sumber rujukan asasi. Begitu juga ‘Dho’ifus Sunan’. Cthnya : Kitab ‘Mukhtasor Al-majmu’ syarah Muhazzab’ sebanyak 4 jilid tlh dicetak pd thn 1415H di makatabah as-sawadi di Jeddah. Begitu juga kitab ’sohih al-jami’ as-shoghir’ dan ‘dho’if al-jami’ as-shoghir’. Akibatnya, Umat selepas ini tidak akan merujuk kpd sesuatu manuskrip asal, tetapi menggunakan kitab yg telah ditakhrij dan diringkaskan shj. Mereka tidak akan lagi merujuk kpd kitab2 Sunan, tetapi terus bersandar kpd kitab yg mentashihkan dan mentad’ifkan kitab sunan tersebut. Ingatlah, bahawa penyelewengan akan bermula dari perkara kecil dan sedikit, kemuadian ia akan meluasa dan merebak hingga ke perkara yg lebih besar. Perkara ini telah merebak lagi bukan shj kpd kitab2 sunan, bahkan kitab yg lain juga. Tlh berlaku pentashihan kitab2 seumpama ‘Sohih al-adabul mufrad’ ’sohih al-wabilus shoib’ ’sohih riadhus solihin’ dan banyak lagi. Dari segi logiknya, kita terfikir adakah Imam2 Sunan ini lemah dan tak mampu untuk mengasingkan antara hadith2 yg sohih dgn hadith2 yg dhoif.? Adakah Imam Bukhori dan Muslim lemah dan tak mampu utk mengasingkan antara hadith2 sohih dgn hadith2 dhoif dlm kitab mrk? Mereka bukan lemah sebenarnya, tetapi olh keran manhaj mrk adalah utk mengumpulkan hadith2 yg boleh dijadikan sbg hujah untuk beramal, maka krn itulah dlm kitab2 hadith mrk wujud hadith2 yg bercampur antara sahih dan dhoif. Ini disebabkan, Hadith2 yg mereka kumpul itu telah menjadi amalan dan hujah yg telah diguna pakai oleh Imam mujtahid terdahulu dari kalangan sahabat dan tabi’in. Lalu mrk kumpulkan hadith2 tersebut, ada sebahagian hadith yg bersambung dan sempurna sanadnya. Ada juga yg terputus ,atau perawinya tidak dikenali. Lalu, mereka mengkaji hadith2 seperti ini sama ada dgn menguatkannya melalui hadith itu sendiri, atau dgn hadith dari thuruq yg lain yg boleh menguatkan hadith tadi. Patutkah kita menuduh, bahawa ulama hadith2 dahulu jahil utk asingkan hadith2 sohih dgn hadith2 dhoif ? Patutkah kita tuduh mereka tasahhul dlm pengumpulan hadith2 tersebut. Inilah satu tuduhan biadap yg sepatutnya kita tentang.

MAZHAB ULAMA BERKAITAN HADITH DHOIF

Sebagaimana diketahui, hadith terbahagi kpd tiga darjat.
1- Sohih
2- Hasan
3- Dho’if Menurut ulama muhaddithin, Hadith dhoif terbahagi kpd tiga kategori dari segi penghujahannya pd hukum :
1-Ad-dho’if ,atau al-mudho’af atau al-layyin.

2-Mutawassit ad-dho’fi iaitu yg perawinya su ul hifzi,atau mudthorib atau yg seerti dgnnya seperti munkirul hadith.

3-At-talif atau al-wahi yg mana perawinya muttahimum bil kazibi, juga hadith al-maudhu’. Para ulama secara ittifaq mnerima beramal dgn hadith Sohih dan Hasan samada lizatihi atau lighairihi. Olh itu, al-maqbul dan as-solih merangkumi kedua jenis hadith ini. Adapaun hadith dhoif, dlm darjat yg pertama, ia diterima olh kebanyakan para ulama. Dan mrk yg menolaknya, pendapat mrk telah dipertikai. As-solih dan al-maqbul lil-ihtijaj juga termasuk dlm hadith jenis ini. Manakala hadith dhoif pd darjat yg kedua, ianya boleh diamalkan pd perkara at-targhib wat tarhib, al-manaqib dan fadhailul a’mal. Hadith dhoif pd darjat yg ketiga pula, inilah yg tertolak pd sisi ulama muhaddithin dan fuqaha. Bahkan ada yg mengatakan ianya tidak boleh dikategorikan langsung sbg hadith. Kesimpulannya, hadith2 dhoif yg disepakati ulama utk berhujah adalah pd darjat yg pertama, walaupun ada sebahagiannya yg menggunakan darjat yg kedua. Jenis hadith inilah yg wujud dlm kitab2 sunan dan hadith2 ahkam bagi mrk yg mengkajinya dgn mendalam.

NAS2 YANG MEMBOLEHKAN BERAMAL DGN HADITH2 DHOIF DLM PERKARA HUKUM

1-Berkata al-hafiz ibnu hajar dlm kitab al-fathu (5/90): “Sesungguhnya ulama tlh berhujjah dlm berhukum dengan hadith yg lebih rendah drpd sahih (dhoif).”

2-Imam al-harowi meriwayatkan dalm kitab Zammil kalam (2/179,180): “Drpd abdullah bin ahmad bin hanbal berkata : aku berkata kpd bapaku, seorang lelaki menghadapi masalah, dan dlm negeri itu ada seorang ahli hadith yg dhoif dan seorang faqih dari kalangan ahlul ra’yu, siapakah yg patut ditanya? Imam ahmad berkata : Jangan bertanya kpd ahlul ra’yu. Dhoifnya hadith itu lebih baik drpd kuatnya ar-ra’yu”

3-Berkata imam ibnul qayyim dlm ‘i’lamul mauqi’in’ ketika menyebutkan usul Imam Ahmad b. Hanbal (1/25) : “Usul yg keempat, mengambil hadith mursal, dan hadith dhoif, jika tidak terdapat pd bab itu apa2 yg boleh mempertahankannya, inilah yg lebih dirajihkannya drpd qias.” Kemudian beliau menyambung kata2nya : “Dan tiada seorangpun dari kalangan aimmah (Imam2) melainkan mrk bersependapat dlm usul ini dari segi keseluruhannya. Tidak ada seorangpun dari kalangan mrk melainkan mendahulukan hadith dhoif drpd qias.”

4-Berkata Imam abu muhammad ibnu hazmin dlm kitabnya ‘al-ihkam fi usulil ahkam (7/54)’ : Berkata abu hanifah : “Khobar yg dhoif drpd Rasulullah SAW lebih aula drpd qias, tidak halal qias sedangkan ada hadith dhoif.”

5-Berkata al-Faqeh Ibnu Qudamah dlm kitabnya al-mughni (1/773): “An-nawafil dan al-fadhail tidak disyaratkan sihhatul hadith padanya” 6-Berkata Imam an-nawawi (al-majmu 3/348 ): “Ittifaq ulama untuk beramal dengan hadith dhoif pada fadhoilul a’mal dan dan tidak pada perkara halal dan haram ” Inilah thuruq dan manhaj yg telah digunakan oleh para muhaddithin dan fuqaha dalam beramal dgn hadith2 dhoif. Mereka tidak menolak periwayatan hadith2 dgn sewenang2nya. Mereka mengkajinya dan menyelidikinya utk beramal. Jika ada hadith dari thuruq lain yg boleh menguatkan hadith tadi, mrk akan mengambilnya. Begitu juga jika hadith tersebut tidak mencapai darjat yg terlalu dhoif, atau perawinya bukan muttahim bil kazib, atau bukan dari title hadith maudhu’, maka mrk akan menerima hadith2 tersebut, lebih2 lagi jika ianya telah meluas amalannya dari kalangan tabi’in dan para sahabat Radhiallahu ‘anhum ajma’in.

HADITH DHOIF PD PANDANGAN SHEIKH AL-ALBANI

Beliau menganggap, semua hadith dhoif dlm apa jua martabat hendaklah ditinggalkan dan tidak boleh beramal dengannya. Bahkan beliau menyamakannya dgn hadith2 maudhu’. Olh itu, kitab2 takhrij beliau, dho’ifus sunan, dho’iful adabil mufrad, dhoiful jami’us shoghir wa ziyadatih, dhoif at-targhib wat tarhib ia mengangapnya tak lebih sekadar2 hadith2 dhoif yg sama taraf dgn maudhu’ah yg mesti ditinggalkan. Sedangkan thoriq para ulama muhaddithin, mrk memebezakan jenis2 dhoif ini. Mrk mengasingkan pentakhrijan hadith dhoif drpd yg maudhu. Seumpama 2 kitab yg dikarang olh Al-hafiz abi al-faraj abdurrahman bin al-jauzi al-hanbali iaitu (al-’ilalul mutanahiyah) dan (al-maudhu’ah). Mari kita lihat pandangan beliau (sheikh al-albani) terhadap hadith2 dhoif. 1-Kata2 beliau dlm muqaddimah sohihul jami’ (m/s 45) “Inilah yg aku berpegang dengannya, dan aku menyeru manusia kpdnya, bahawasanya hadith dhoif tidak boleh beramal dgnnya secara mutlak, tidak pd fadhoilul a’mal tidak juga pd al-mustahibbat dan tidak juga pada selain keduanya. 2-Beliau berkata dlm muqaddimah sohihul jami’ wa dho’ifihi (m/s 32) “Inilah, niatku adalah untuk mencetak kitab al-fathul kabir yg bercampur padanya antara hadith2 yg sohih dan dho’if, beserta tahqikan aku dan membezakan sohihnya drpd dhoifnya sebagaimana yg telah aku terangkan dlm muka surat 9-10. Kemudian jelaslah bagiku apa yg baik dr perkara tersebut Insya Allah. Iaitu aku ingin mencetaknya dlm dua cetakan, setiap cetakan adalah bahagian hadith yg berasingan. Iaitu : Pertama : Khusus untuk hadith2 yg thabit dan boleh berhujah dgnnya pd sisi ulama. Ia merangkumi hadith sohih dan hasan. Kedua : Khusus utk apa yg tidak boleh berhujah dgnnya. Ia merangkumi ad-dho’if, ad-dho’if jiddan dan al-maudhu’” KESILAPAN YANG JELAS Kemudian beliau berkata lagi dlm m/s 24 : Dan ikutan aku dlm hal ini adalah al-aimmah as-sabiqun yg mengarang kitab2 as-sohih sprt bukhori, muslim ,ibnu khuzaimah, ibnu hibban dan lain2 nya. Begitu juga yg menulis ad-dho’ifah dan al-maudhu’ah seperti ibnu al-jauzi, ibnu tohir al-muqaddisi, asy-syaukani, al-fatni dan lain2 nya. Inilah kesilapan yg besar dlm pandangan sheikh al-albani,sesungguhnya al-aimmah as-sabiqah yg mengasingkan as-sohih, tidak menegah beramal dgn hadith yg dhoif dan tidak pula mengajak manusia ukt jadikan dhoif, matruk dan maudhu’dlm satu martabat yg sama. Bagi mrk, dho’if boleh beramal dgn nya. Buktinya, lihat sendiri kitab Imam bukhori al-adabul mufrad yg bercampur anatara hadith sohih dan dhoif. Begitu juga kitab raudhotul uqola’ karangan Ibnu Hibban. Juga kitab Ibnul jauzi al-wa’zu. Begitu juga shofwat at-tasawwuf karangan ibnu tohir. Imam as-syaukani juga banyak berhujah menggunakan hadith2 dhoif dlm kitabnya Nailul author dan tuhfatuz zakirin. Disamping itu, ulama2 yg mengasingkan al-maudhuat, mrk tidak mencampurkannya sekali dgn hadith2 yg dhoif, dan tidak pernah menyeru org ramai supaya meninggalkan beramal dgn hadith2 dhoif. Mrk hanya menjelaskan dan membahagikan jenis2 kedhoifan hadith2 tersebut.

LAYAKKAH BELIAU DIGELAR SEBAGAI MUHADDITH??

Sebelum menjawabnya, mari kita lihat apa takrif ulama pd kalimah muhaddith.
1-Imam As-Suyuti : al-musnid itu adalah org yg meriwayatkan hadith beserta sanadnya, sama ada ia mengetahui tentangnya ataupun semata2 meriwayat shj. Adapun Muhaddith lebih tinggi drpd itu.

2-Imam Ar-Rafie’ : Iaitu org yang mendengar hadith (meriwayat) dan tahu akan thuruqnya dan asma’ rijalnya dan matannya.

3-Imam at-taj bin Yunus dlm syarah at-ta’jiz : Orang yg mendengar hadith (meriwayatkan) dan tahu akan thuruq ithbatul hadith dan mengetahui ‘adalatul rijal hadith.

4-Adapun para fuqaha, mrk mentakrifkan muhaddith itu adalah : Org yg menghafal sanad hadith dan mengetahui jarh dan ta’dil rijal tersebut.

Daripada pentakrifan para ulama tadi, kita dapat menilai bhw antara syarat utama utk digelar sebagai meuhaddith, mestilah seseorang itu mendengar atau menerima hadith2 secara riwayat. Tidak cukup hanya tahu jarh dan ta’dil tanpa pernah meriwayatkan hadith. Dan tak cukup juga hanya mendengar hadith tetapi tidak tahu jarh dan ta’dil. Ini satu hakikat yg wujud pd Sheikh al-albani, apabila beliau diminta utk menperdengarkan satu hadith yg pernah diriwayatkan atau didengar olh nya, beliau mengatakan. “Aku tidak tahu”. Jelas sekali beliau tidak pernah mendengar dan meriwayatkan hadith drpd sesiapapun yang menyebabkan beliau sebenarnya tidak layak utk digelar sbg muhaddith pd kurun ini. Beliau mengkaji hadith hanyalah melalui pembacaan kitab2 hadith di Maktabah Damsyik. Pengkajian tersebut belum mampu melayakkannya utk digelar sbg muhaddith, walaupun beliau sangat ‘alim dlm bab al-jarh wat ta’dil pd asma ar-rijal. Olh itu, mereka yg ingin merujuk kpd hadith2 Nabi SAW, tidak sepatutnya mengambil kitab2 hadith karangan beliau sbg rujukan. Sebab itulah di Universiti Al-Azhar, pandangan beliau dlm bidang hadith tidak diambil kira. Bahkan ramai ulama2 Al-azhar yg menolak pandangannya. Begitu juga ulama2 di Tanah Arab yg lain umpama Syria, Emirates, Lebanon dan lain2 lagi yg menolak pandangan beliau. Hanya beberapa ulama sahaja yg menerimanya seperti ulama di Arab Saudi yg beraliran Wahabi. Penulisan beliau dlm mentashihkan dan mentadh’ifkan hadith2 Sunan Sittah telah dirad olh ramai ulama. Antara kitab2 yg menentangnya adalah :

1-Kitab “auqifu hazal ‘abthu bit turath”. Tulisan al-ustaz Muhammad Abdullah Aali Syakir.

2-Kitab “At-ta’rif biauhami man qassamas sunan ila sohihin wadho’ifin” sebanyak 6 jilid. (Darul buhuth liddirasah al-islamiyyah wa ihyait turath ) olh Al-ustaz Mahmud Sa’id Mamduh. dan banyak lagi kitab2 di makatabah di Mesir ni yg bertebaran.

Semoga artikel yg kami tulis ini mendapat respon yg positif drpd sahabat2 sekalian. Sekiranya ada kesilapan dan kesalahan di dlmnya kami memohon berbanyak kemaafan. Kami mengharapkan teguran yg baik dari sahabat2 semua. Buat akhirnya, kami sudahi dgn wallahu waliyyut taufiq walhidayah wassalamu’alaikum wrt wbt.

Category: Agama

Fatal error: Call to undefined function post_password_required() in /home/agusza/public_html/nikki/wp-content/themes/avelius/comments.php on line 9